FLAG OF BRUNEI COLORS│WARNA BENDERA BRUNEI

FLAG OF BRUNEI COLORS│WARNA BENDERA BRUNEI. The flag of Brunei was created September 29, 1959 when the territory was a British protectorate. When Brunei gained its final independence, to January 1, 1984 this flag was officially adopted. This consists of a crossed yellow flag towards the top left to the bottom right corner by two stripes of black and white (white top) and center the shield of the country. The shield consists of a crescent, representing Islam, the royal umbrella (called Payung Ubor-Ubor) representing the monarchy, gloves on the sides and underneath.


Bendera Brunei pertama kali diperkenalkan pada 29 September 1959 semasa Brunei merupakan negeri naungan (protektorat) United Kingdom dan dikekalkan apabila Brunei mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984. Bendera ini terdiri daripada lambang negara di bahagian tengah dengan latarbelakang warna kuning dan pepenjuru hitam,putih dan panji-panji berwarna merah di bidang bendera.

Lambang negara terdiri daripada bulan sabit (lambang Islam), dicantum dengan payung obor-obor (lambang kerajaan di bawah seorang raja). Di bawah payung adalah sayap yang melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan. Di sebelah kiri dan kanan terdapat sepasang tangan yang menadah. Di bulan sabit terdapat kekata dalam tulisan Jawi, "Sentiasa berbuat kebajikan dengan petunjuk Allah" dan di bawah bulan sabit, kekata "Negara Brunei Darussalam" juga dalam tulisan Jawi. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Ini dapat dilihat di panji-panji diraja Malaysia dan Thailand dan juga bendera presiden Indonesia.
Share :
PreviousPost
NextPost

Author:

0 Comments:

Rekomendasi